Selain itu, walaupun warga Islam Amerika ini tahu bahawa perintah larangan tersebut tidak melibatkan mereka namun untuk masa akan datang ia boleh berubah.

"Saya merasakan bahawa peraturan ini boleh berubah bila-bila masa sahaja dan itulah yang menakutkan saya," katanya kepada media tempatan.

Sementara itu, jurucakap acara dari Jawatankuasa Arab AS, Abed Ayoub dan Professor Undang-Undang, Khaled Beydoun tidak menolak kemungkinan yang Trump masih punyai banyak muslihat.

"Larangan ini merupakan yang pertama daripada dasar Islamphobia yang akan datang," kata Beydoun.

"Jika anda menganggap bahawa negara-negara lain akan ditambah ke dalam larangan tersebut dan saya merasakan lebih baik jika negara Arab atau Islam untuk kekal berjaga-jaga," kata Ayoub pula.

sumber-sinar harian