Pertemuan Dr Asri dan Dr Khairuddin berlangsung secara akrab




Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam menziarahi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin di kediamannya di Kangar, Perlis.

Pertemuan itu didedahkan oleh Asri melalui Facebook beliau dan juga turut didedahkan oleh Dr Khairuddin juga
Beberapa keping gambar mesra pertemuan itu turut dimuat naik, yang antaranya memaparkan keakraban dan saling berbalas senyuman – imej yang berbeza sama sekali berbanding ketegangan di media sebelum ini.
Isu debat itu muncul selepas Khairuddin dalam ceramah di Kelantan hampir tiga minggu lalu berkata mahu berdebat dengan sesiapa sahaja berkaitan cadangan pindaan akta yang juga dikenali sebagai Akta 355.
Walaupun mengkritik keras Asri, beliau turut menyifatkan bahawa mufti itu sebagai “sahabat” dan “kawan baiknya”. Bahkan, katanya, mereka berdua turut belajar sekali.

Asri dalam Facebook itu mengucapkan terima kasih atas ziarah ukhuwah Khairuddin, yang juga anggota parlimen Kuala Nerus.
“Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. Selama dua jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing.

“Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Terengganu. Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya,” kata Asri.

Pindaan RUU 355 merupakan isu hangat yang berlegar dan menjadi polimik dalam negara. Wujud perbincangan yang hangat pro dan kontra tentang isu ini.

Telegram Islamik mendoakan semoga isu ini diselesaikan secara baik dan tiada motif politik dan menyokong Islam dimartabatkan di dalam negara.


EmoticonEmoticon